Friday, December 3, 2010

Rokok dan Marijuana

Kenapa marijuana ilegal sedangkan rokok legal?

80 peratus drpd kwn dan kenalan mengaitkan isu ini dengan illuminati. Bro, illuminati sekarang dah tak trend lah. Takda idea lain ke? Atau nak aku rodok kepala masing-masing biar ada ruang sikit kat otak tu.Takdalah berfikiran sempit sangat. Manusia dari kelompok 80 peratus ini aku gelar si penerima buta atau yang menerima segala info bulat-bulat. Lagi 20 peratus aku gelar sebagai manusia yang punya ideologi sendiri walaupun belum tentu betul atau tidak. Pendapat tetap pendapat. Bagi aku illuminati hanya perlu diketahui sebagai pengetahuan am. Tidak lebih daripada itu. Okay,gomen kita haramkan pengambilan marijuana manakala penjualan rokok di halalkan.Terang-terangan rokok telah dilabel sebagai haram oleh mufti negeri. Jadi, rokok dan marijuana sama-sama haram.Dah tahu haram,mengapa jual?Mengapa perlu letak cukai yang tinggi untuk rokok? Mengapa jadi salah satu daripada pendapatan negara? Mengapa serbuan terhadap rokok seludup lebih kerap berbanding pendatang asing, senjata dan sebagainya? Kita dianggap sebagai negara Islam
dari lensa negara luar dan teropong-teropong jahat dunia.Menghalalkan yang haram?Itu aku tak boleh jawab.Sebagai info, marijuana kini digunakan sebagai preskripsi medikal di California atas inisiatif undian rakyat.Undian untuk dilegalkan kalah dengan 53.5%(TIDAK) dan 46.5%(YA).Walaupun kalah, rakyat California dibenarkan menggunakan herba ini dengan syarat perlu ada kad sebagai pesakit berdaftar untuk membawa tidak  lebih 1 ounce marijuana.Tak begitu mustahil bagi mereka yang tidak sakit untuk memiliki kad sebegitu kalau punya wang.Dikenakan cukai pulak.Hebatkan undang-undang? Sama sahaja seperti undang-undang di Malaysia untuk memakai tali pinggang keledar di tempat duduk belakang. Mula mula tak perlu, kemudian berkuatkuasa semula dan sekarang?

Kerajaan memang dah takda duit. Apa sahaja yang boleh dikenakan cukai,haram belakang kira.

Penulis undangan :

Mr. Pertikai
Kg. Senama Hilir, Rembau , Negeri Sembilan
Penulis Haluan Kiri (peringkat novis)
Digantung sekolah kerana memerangi sexism

2 comments:

  1. wey best ke marijuana.Aku nak try jugak.Layang-layang hari-hari pon buhsan jugak.Ahaha

    ReplyDelete
  2. Lebih baik kau tambah dosa kau main layang-layang lagi bagus.High jugak.

    ReplyDelete