![]() |
| Aku menci pengadil! |
Sebagai pemanas badan, saya akan mula dengan perbualan antara pemain.Dari apa yang saya lihat, penyiar television tidak pernah merakam suara pemain-pemain menjerit,berbual antara mereka ataupun perbalahan pemain dengan pengadil di atas padang.Bibir pemain bergerak-gerak tetapi hanya suara komentator dengan slanga british yang kita dengar.Adakah apa yang mereka bual,maki dan sebagainya di atas padang merupakan sesuatu yang privasi? Ini tidak adil untuk jenis manusia seperti saya yang suka menyibuk hal orang.Begitu juga dengan anda yang punya perasaan ingin tahu, bukan?
Kedua, saya amat sakit hati apabila pemain yang cuba memberi bola kepada rakan sepasukan terbantut apabila bola terkena kaki pengadil.Bagi saya pengadil sebegitu adalah wajar diberikan kad merah dan dibuang padang kerana mengganggu perlawanan.Selama ini, hanya pengadil sahaja yang berleluasa melayangkan kad merah dengan sesuka hati.Mereka perlulah diberikan hukuman yang sewajarnya.Jadi, saya mencadangkan setiap pemain perlulah menyimpan kad kuning dan merah di dalam poket masing-masing supaya apabila insiden berat sebelah atau kesilapan oleh pengadil terjadi,hendaklah salah satu pemain yang menjadi saksi kejadian melayangkan kad kepada pengadil pula.Baru padan muka kau.
Ketiga, dari segi pemarkahan.Sehebat mana pun jaringan pemain itu,markahnya tetap satu.Cuba anda fikir jika pemain tersebut merembat bola seperti Shaolin Soccer, dan menyebabkan bola dan penjaga gol turut sama dijaringkan, adalah lebih bijak jika markahnya diberikan dua.Ini kerana bilangan benda yang dijaringkan adalah dua iaitu bola dan penjaga gol.Jadi jika kasut but si perembat bola tadi turut sama melayang ke dalam gol,markahnya perlulah menjadi tiga.Adil lagi saksama.
Jadi saya berharap rombakan dibuat dalam undang-undang bolasepak.
Revolusi bermula dari rombakan minda klise.
Penulis Undangan :
Kg. Pandan, Kuala Lumpur
Kaki bangku dan kaki layang-layang
Kolektor video-video YouJizz
